Posts

Lesen GDL

GDL? Apa benda? Dulu sering saya dengar gurauan ni. Sekarang saya sendiri mula ambil lesen GDL ni walau pun istilah yang kawan bagi untuk saya "border line". Tapi kadang-kadang kita pun lupa. Bila lupa rasalah sakitnya.Aduhh. GDL ni maksudnya Gout datang lagi..orang yang mengalaminya sahaja yang tahu rasa sakitnya tu macamana.. Ketika mula saya terkena, saya tidak tahu pun sakit dan ngilu mula daripada bahagian kaki hingga ke pinggang yang saya selalu alami adalah gout. Bila sakit saya panggil orang urut kuat-kuat bahagian tersebut. Saya panggil adik, jiran, tukang urut kampung sebelah, kunjungi kedai berurut (tradisonal dan semestinya lelaki), tabib cina, refleksologi dan lain-lain. Pernah saya berjumpa 'orang pandai' minta tengokkan, adakah saya kena sihir. Mana tahu kan...maklumlah tugas saya sebagai pentadbir. . Mungkin ada tidak suka...hmm.Faham-fahamlah kan. Jawapannya tiada apa-apa. Paling mudah kalau sudah sakitnya teruk, berdenyut-denyut sampai susah nak tidu

Sebermula

Image
Assalamualaikum. Salam hormat. Terpanggil nak buat blog musim Covid ni. Seronok membaca blog orang lain, mungkin sebab banyak masa di rumah kerana sekatan pergerakan (PKP).  Pelbagai kerenah manusia muncul semasa PKP bermula. Yang faham, yang kurang faham, yang buat-buat tak faham pun ada. Yang degil pun ada hingga terpaksalah pihak berkuasa ambil tindakan ke atas mereka. Saya tidak mahu mengulas hal ini. Yang menarik bagi saya ialah Kepimpinan Negara telah berusaha menggubal pelbagi inisiatif yang hebat meski pun baharu sahaja mengambil alih tampuk pemerintahan. Memanglah tidak mungkin 100 % berjaya, tetapi masih dianggap cemerlang jika dibandingkan dengan negara-negara lain waima negara maju sekali pun. Syabas PM dan semua barisan hadapan yang telah berjuang memastikan negara kita pulih daripada wabak COVID19.