Lesen GDL
GDL? Apa benda?
Dulu sering saya dengar gurauan ni. Sekarang saya sendiri mula ambil lesen GDL ni walau pun istilah yang kawan bagi untuk saya "border line". Tapi kadang-kadang kita pun lupa. Bila lupa rasalah sakitnya.Aduhh.
GDL ni maksudnya Gout datang lagi..orang yang mengalaminya sahaja yang tahu rasa sakitnya tu macamana..
Ketika mula saya terkena, saya tidak tahu pun sakit dan ngilu mula daripada bahagian kaki hingga ke pinggang yang saya selalu alami adalah gout. Bila sakit saya panggil orang urut kuat-kuat bahagian tersebut. Saya panggil adik, jiran, tukang urut kampung sebelah, kunjungi kedai berurut (tradisonal dan semestinya lelaki), tabib cina, refleksologi dan lain-lain. Pernah saya berjumpa 'orang pandai' minta tengokkan, adakah saya kena sihir. Mana tahu kan...maklumlah tugas saya sebagai pentadbir. . Mungkin ada tidak suka...hmm.Faham-fahamlah kan. Jawapannya tiada apa-apa. Paling mudah kalau sudah sakitnya teruk, berdenyut-denyut sampai susah nak tidur, saya makan paracetamol.
Saya cari jawapan melalui internet mengenai tanda-tanda sakit seperti ini. Akhirnya saya jumpa! Rupanya inilah tanda Gout. Jadi dalam tulisan ini saya ingin berkongsi pengalaman punca-puncanya. Mungkin tidak sama dengan orang lain, sekurang-kurangnya saya dapat membantu orang lain menghindarinya.
Pertama: makanan kesukaan saya adalah kacang. Kacang goreng menggelembu merupakan kegemaran saya mengunyahnya sambil menonton TV. Satu lagi kacang Happy, kalau tak silap saya buatan Fhilipina. Selalu saya beli di Super Market sebab anak-anak saya pun suka. Hampir tiap,kali saya ke Super Market tu saya cari kacang tu di rak...apalagi 2 hingga 3 jenis perasa saya angkut.
Kedua: orang cakap susu soya bagus untuk kesihatan. Jadi setiap hujung minggu saya ke pasar tamu di pekan untuk membeli barangan dapur saya akan beli susu soya 2 hingga 3 kotak besar untuk diminum sekeluarga. Sedapkan? Apalagi kalau sejuk-sejuk.
Ketiga : Kacang botol (bendi) memang sedap bila di celur air panas kemudian cicah sambal belacan. Tiap minggu beli. Sebenarnya segala jenis kekacang sama juga kesannya termasuk kacang panjang.
Keempat : Makanan laut seperti ketam dan udang memang kuat bisanya. Pernah sekali saya sekeluarga melawat saudara di Semporna. kami dihidangkan dengan 2 besen ketam segar masak kari. Woow, mantapp bosku. Esoknya saya hadir kursus di Labuan..sampai Labuan saja sakit kaki, pinggang hingga kepala pun ikut merasa. Ubat pun tidak bawa, hotel pula jauh dari kedai. Rasanya jam 3 pagi baru dapat lelap.
Sekarang saya berjaga- jaga mengambil makanan di atas. Ambil juga sekaali-sekala jika teringin. Cuma bila hadir kenduri kampung...mesti ada sayur sambal kacang. Hmm...apalagi rembat juga sikit-sikit. Bila ada ahli keluarga teringin makan pecal, mana tahannn..tumpanglah juga 2-3 sudu. Paling sadis kalau gabung makanan tu dengan sup tulang (orang sebut gear box)...menahanlah sakit nanti.
Syukurlah sejak berpada-pada degan makanan di atas, jarang sudah saya kesakitan.
Mungkin tidak sama dengan pengalaman orang lain...ikut kekuatan badan masing-masing. Saya cuma berkongsi sahaja.\
Jumpa lagi.
Comments
Post a Comment